22/4/2011 - 24/4/2011
Pada hari tersebut semua ahli KSF telah pergi berkhemah di Tapis Resort, Sungai Lembing selama 3 hari. Sesampainya kami disana, guru penasihat iaitu Cikgu Pzan telah membahagikan kami kpd 4 kumpulan. Setiap satu kumpulan diberi 2 fasilitator. Kami juga telah diberikan tag, beg ksf dan keychain. Apabila menjelang malam, kami diberi sedikit taklimat mengenai aktiviti yg akan dijalankan sepanjang kami berada disana. Kami akan menjalankan modul 1 iaitu Light Painting, modul 2 Low Light, modul 3 Slow Shutter, modul 4 Micro / Macro dan yg terakhir modul 5 iaitu Sunset/ Sunrise.
Pada pagi keesokan harinya 23/2/2011, kami telah melakukan senamrobik di hadapan Tapis Resort yg diketuai oleh fasilitator-fasilitator yg telah dilantik oleh Cikgu Pzan. Setelah selesai senamrobik, kami bersarapan pagi bersama-sama. Selepas itu, kami telah mula bergerak ke Ladang Rusa di Sungai Jin dgn menaiki lori. Pengalaman menaiki lori adalah pengalaman yg plg seronok sepanjang hidup :D seterusnya kami semua bergerak pula ke Sungai Jin iaitu destinasi utama yg hendak dituju untuk melakukan aktiviti modul 3 dan modul 4 serta Treasure Hunt. Air sungai disana sgt jernih. Pada waktu mlm pula ada bbq, sesi presentation dan luahan perasaan sehingga jam 3 pagi. Huahua.
Pada 24/4/2011, sebelum subuh lagi kami telah berjogging menuju ke Bukit Panorama dan setelah semua berkumpul disana barulah kami mendaki Bukit Panorama. Masyaallah, Bukit Panorama bapak gila tinggi! Walaubagaimanapun saya merupakan perempuan pertama yg smpi di puncak bukit dgn muka letihnya. Bangga sekejap :P Setelah sampai diatas puncak bukit kami telah menjalankan tugasan terakhir disana iaitu modul 5, menangkap gmbr Sunrise. Sebelum menaiki bas untuk pulang ke rumah, kami telah sempat berarak melawat ke Muzium Sungai Lembing yg berhampiran dgn Tapis Resort. Kami menaiki bas untuk pulang ke rumah anggaran jam 3 ptg. Akhir sekali, kami dari kumpulan My Photomena ingin mengucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kpd Cikgu Pzan, Cikgu Raja Shahrul, Cikgu Zaim, Cikgu Shahratul Azma, Cikgu Huda, Cikgu Nurhafaliah dan Abg Bob kerana telah bertungkus lumus bekerjasama, bersengkang mata menjayakan perkhemahan ini dgn sgt happening dan telah memberikan kami pengalaman yg cukup bermakna serta mengajar kami tentang penggunaan kamera dslr dgn baik. Ingin kami akui disini bahawa perkhemahan KSF 2011 adalah perkhemahan yg plg gempak dan superb sepanjang hidup kami. Diharapkan tahun hadapan cikgu akan berjaya membuat perkhemahan yg gempak seperti ini lagi. Great Job cikgu! Thumbs Up
Antara gambar Perkhemahan KSF dan modul-modul terbaik:
UP > SENAMTARI
UP > LADANG RUSA
ATAS > BUKIT PANORAMA
MODUL 1 LIGHT PAINTING
MODUL 2 LOW LIGHT
MODUL 3 SLOW SHUTTER (AIR SUNGAI JIN)
MODUL 4 MICRO/MACRO
MODUL 5 SUNRISE/SUNSET BUKIT PANORAMA